KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati dengan tawaran badal (upah) haji yang banyak ditawarkan menjelang musim Haji.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, sekarang terdapat lambakan iklan badal haji di media sosial yang menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang.
Menurutnya, bila ditanya siapa yang akan diupah untuk mengerjakan Badal Haji, kebanyakannya mengatakan mereka menggunakan khidmat penduduk tempatan atau pelajar Malaysia yang menetap di Arab Saudi.
Tegasnya, adalah mustahil khidmat tersebut boleh dilakukan dengan harga RM1,500 ke RM3,000 kerana Kementerian Haji Arab Saudi menetapkan harga yang lebih tinggi dari tawaran berkenaan.
Untuk makluman, pihak Kementerian Haji Arab Saudi telah menetapkan empat kategori pakej haji yang disediakan untuk penduduk tempatan tahun ini, dengan kos antara SAR 3,984 (RM4,819) hingga SAR 11,841 (RM14,323).
“Bayangkan sebagai penduduk tempatan Arab Saudi sendiri perlu membayar dengan kos yang agak tinggi bagi mereka untuk mengerjakan ibadah haji.
“Dengan kos yang dikenakan kepada penduduk tempatan seperti yang dinyatakan adalah mustahil khidmat badal haji boleh dilakukan di bawah kos tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tegasnya, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak terpedaya dengan kos sedemikian yang ditawarkan mereka.
“Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa kepada mereka-mereka yang menawarkan khidmat badal haji dengan harga tidak munasabah yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dengan mengenepikan soal halal dan haram.
“Kami mencadangkan agar kerajaan mengawal selia perkhidmatan badal haji mengikut perundangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi dan bukannya boleh dilakukan sesuka hati tanpa ada pengawasan,” ujarnya.
Astro Awani
Thu May 18 2023
Mohd Khalid berkata, terdapat lambakan iklan Badal Haji di media sosial yang menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang. - Gambar fail/Astro AWANI
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Pusat rawatan TH di Mekah tempa sejarah, pertama dapat permit lulus operasi
Kelulusan permit ini disifatkan satu pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah haji Malaysia di Mekah.
Boleh guna visa mujamalah untuk haji, tetapi TH ada nasihatnya
Mujamalah ialah visa selain visa haji yang diberi kerajaan Arab Saudi kepada orang-orang tertentu, melalui kedutaannya di Kuala Lumpur.
Guna visa pelancong untuk kerjakan haji, TH tidak akan bantu
Syed Saleh berkata, pihak berkuasa Arab Saudi memandang serius penyalahgunaan visa pelancong untuk tujuan mengerjakan haji.
Jangan terpedaya agensi dakwa mampu keluar visa haji - Menteri Agama
Mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji diharap tidak terperdaya dengan agensi-agensi tertentu yang mendakwa mampu mengeluarkan visa atau permit haji.
Penyelesaian dua negara mesti dikekalkan - Arab Saudi
Putera Faisal menegaskan bahawa penyelesaian ini seharusnya menjadi keutamaan semua pihak, termasuk Israel.
Malaysia jadi negara pertama peroleh Tasreh operasi 20 ambulans
Malaysia jadi negara pertama berjaya mendapat permit menjalankan operasi ambulans untuk jemaah haji di Jeddah, Mekah dan Madinah.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.